Thursday, August 13, 2009

PEMIMPIN MELAYU LA NI

cmk said...
Salam Dato'

Pemimpin Melayu hanya berani ambil tindakan terhadap orang melayu sahaja. Mereka sebenarnya pengecut bila berhadapan dengan bangsa lain. Pemimpin kita sudah lama tumbang.

Raja-Raja Melayu pun tak mampu memayungi bangsa dan agamanya. Hanya mampu bertitah itu dan ini di sebalik lindungan tembok istana. Tanpa tembok itu, mereka pun bakal tumbang.

Bak kata blogger straycat's strut, jadi siapa sebenarnya yang benar-benar melindungi kita bangsa Melayu...?

Pada saya, hari ini kalau nak pilih satu nama pemimpin yang benar-benar berjuang untuk rakyat Malaysia yang berketurunan Melayu serta beragama Islam, jawabnya TIADA.

PAS sudah jual agama, UMNO sudah jual bangsa, PKR sudah jual maruah. Melayu/Islam hanya tinggal seluar dalam saja Dato'...!!!

10:54 AM

No comments:

Post a Comment