Wednesday, August 5, 2009

APA NAK DIHAIRANKAN? LEBIH DRP ITU ADA DI NEGARA KITA!

Ia tak ia juga apa yg di ngomenkan oleh penulis 'reaksi pembaca' di ruang SITI JARUM tu.

Tapinya .... Memang betul apa? ......... apa dok sibok sangat dgn tukang masak jadi selebriti ka? tukang masak jadi pelakon ka?

Apa nak rasa heran atau pelik bin ajaib? Kan di Malaysia ni macam2 boleh jadi .... dah terjadi pun memang dah ada banyak apa? bukan takat tukang masak jadi pelakon saja. Pelakon, penyanyi jadi tukang masak pun banyak. Masing2 pakat nak menunjuk2 yg depa pun pandai masak memasak didepan kamera tv. Tukang masak glamor lah nak dikatakan.

Yang pengacara2 tv, deejay2 (dajai2) radio dirembat jadi pelakon pun berlambak rak..... semakin sakan punya membiak macam jangkitan virus 'selsema babi' pulak jadinya. Patut pun filem2 dan drama2 tv semuanya teruk2 belaka. Semuanya dalam keadaan 'critical' belaka .... kira macam dalam ward ICU lah .... dekat2 nak khojol lah kata sesetengah orang....

Celah2 tu pulak ... artis2 pulak dijadikan pengacara tv pun berlambak2. alasan untuk tarik penonton. Kira macam 'give & take' lah tu. Haru biru jadinya bila kita nonton siaran2 tv dgn artis2 masing2 ingin menonjolkan imej masing2 dgn begitu ghairah sekali - hinggakan jadi terlampau2 (ter-over) lagak aksi gaya mereka didepan kamera.

TAPI YANG NI KIRA LEBIH TERAMAT PELIK LAGI ANEH: Yang paling mengejutkan sekali bila ada puak2 ustazah (ustaz2 pun samalah) yang nak jadi macam artis. Boleh lah dapat gelaran ustazah selebriti .... membawak kepada panggilan 'ustazah glamor'. Kita boleh tengok dgn cara puak2 ustazah yg gila glamor tu dgn cara depa berpakaian, bertudung dgn cara dan gaya mengalahkan 'model2' pragawati2 fesyen memperagakan fesyen dgn beraneka gaya dgn warna-warni berkilau-kilauan. Itu adalah jelas bertujuan untuk menunjuk2 (riak) kpd khalayak umum. Dengan cara dan gaya aksi puak2 ustazah berceloteh, berhujah dgn pantun mantun sekali melebihi gaya artis beraksi. Nampak sangat keghairahan dgn penonjolan yg lebih mengada2 sekali.

Memang ditempat kita sendiri pun lebih teruk dari di Indonesia sana.

Jangan nampak yang jauh saja ....... yang dekat lebih dahsyat lagi apa?

didepan mata ni ... sikit punya dok ada ka? takkan buta kut?

dari, Siti Jerung

SITI JARUM

Reaksi Pembaca

Kita pun sama juga

Apa yang SJ heboh sangat dengan Manohara berlakon drama? Macamlah benda itu tak pernah berlaku di negara ini. Kalau nak tau drama dan filem kita lebih teruk daripada Indonesia. Belum ada di negara lain tukang masak boleh jadi selebriti. Tapi di negara kita tukang masak orang ambil jadi pelakon. Saya yang tak pernah belajar berlakon pun tau menilai tahap lakonan dia. Tapi kenapa produser dan pengarah filem kita ambil juga?

Kalau SJ kata produser Indonesia eksploitasi Manohara, produser kita tak ada kurangnya. Tengoklah, boleh menyanyi sikit dan kontroversi terus diambil jadi pelakon. Mudahnya. Pengacara televisyen atau deejay radio pun dirembat jadi pelakon. Ni apa cerita ni? Memang mengarut sungguh.

Bagi saya Manohara jadi pelakon tak ada anehnya kerana kita tukang masak boleh jadi pelakon.

No comments:

Post a Comment