Wednesday, January 13, 2010

YET FURTHER RESPONSE TO TUN MAHAFIRAUN'S THOUGHTS

IN RESPONSE TO TUN MAHAFIRAUN'S WRITE-UP

Salam Tun,
(TUJUAN SAYA MEMBERI KOMEN DILAMAN WEB TUN HANYALAH INGIN MEMBINA KEHARMONIAN BERAGAMA DIMALAYSIA)

Merujuk pada penerangan Tun:-

5. Sebenarnya kalimah "Allah" tidak terdapat dalam kitab Taurat atau Talmud Hebrew atau kitab Injil Kristian dalam bahasa Latin, Greek atau bahasa-bahasa Eropah. Nama bagi Tuhan dalam bahasa yahudi ialah "Yahweh", yang diterjemahkan kepada bahasa Inggeris sebagai "Jehovah".

KOMEN SAYA: Memang benar kalimah "Allah"tidak terdapat dlm kitab Taurat/Talmud Hebrew/Kitab Injil dlm bahasa Latin,kerana perkataan "Allah"berasal atau berasa daripada bahasa Arab.Tetapi perkataan "Allah"memang ADA dalam kitab Injil bahasa Arabic yang digunakan secara berleluasa ditanah Arab dikalangan bangsa arab yang menganut agama kristian.Negara Indonesia(Negara Islam terbesar didunia)melalui LEMBAGA ALKITAB INDONESIA -ingin menerbitkan terjemahan Bible/Kitab Injil/Taurat kedalam bahasa Indonesia telah menterjemahkan perkataan "God"(English)/"Allaah"(Arabic) telah memilih "Allah"sebagai perkatan yang tepat untuk "God/Allaah"-Pada Zaman british lagi rakyat diNegeri sabah dan sarawak terutama kaum bumiputra yang beragama Kristian telah menggunakan kitab terjemahan bahasa Indonesia dan menggunakan nama "Allah"dalam bahasa Malaysia dalam acara sembayang minggu mereka.Saya amat heran kerana diIndonesia,tidak ada timbul kontroversi tentang penggunaan kata "Allah"dan dibenarkan oleh kerajaan Indonesia untuk orang kristian.

(TUN MENULIS)
6. Dalam kitab Injil, Jesus (Isa) dan God adalah sama. Tidak ada kalimah Allah dalam kitab Injil dalam bahasa-bahasa yang disebut di atas.


JAWAPAN SAYA:Dalam kitab Injil (versi?English?versi Bahasa Indonesia?)Jesus(Isa)memang "God"yang menjelma menjadi manusia.Dalam kitab Injil versi bahasa Indonesia memang ada kalimah "Allah"
contoh :Injil yohanes 1:1 "Pada mulanya adalah Firman;Firman itu bersama-sama dengan Allah dan Firman itu adalah Allah"
Injil Yohanes 1:14"Firman itu telah menjadi manusia,dan diam diantara kita,dan kita telah melihat kemuliaanNya..."(Alkitab terbitan Lembaga Alkitab Indonesia(2006)

(TUN MENULIS)

8. Mungkin juga kalimah "Allah" dapat menyamakan agama Kristian dengan agama Islam kerana menyembah Tuhan yang sama. Dengan ini penerimaan agama Kristian oleh orang Islam boleh jadi lebih mudah. Terjemahan ini salah. Sepatutnya perkataan "Tuhan" digunakan untuk God.

JAWAPAN SAYA: Terjemahan ini tidak salah,Yang Berbahagia TUN.Sebab memang terjemahan "God"dalam bahasa Arab dan bahasa Indonesia ialah "Allah"manakala "Tuhan" ialah terjemahan dari perkataan "Lord/LORD(Yahweh).
Jika demikianlah terjemahan yg Tun maksudkan..maka agak pelik jika kita petik terjemahannya seperti terejemahan bahasa English,misal ayat dalam Kitab Injil Matthew yg berbunyi "....You shall worship the LORD(Tuhan) your GOD(Tuhanmu???),and Him only you shall serve". LORD (Tuhan) dan GOD ialah dua perkataan yang tak sama...terjemahan yg tepat ialah LORD -Tuhan dan GOD -Allah.

(TUN MENULIS)
9. Tetapi dalam agama Kristian terdapat konsep "Trinity" yang mana terdapat "God the Father, God the Son and the Holy Ghost". Jika dalam bahasa Melayu terdapat dalam kitab Injil atau syarahan berkenaan "Allah sebagai Bapak, Allah sebagai Anak dan Roh yang Suci", maka tentulah ini akan ditentang oleh orang Islam. Dalam Islam Allah tidak ada bapak, tidak ada anak. Ia tidak dilahirkan dan Ia tidak melahirkan sesiapa. Allah hanya satu. Ia tidak boleh disekutu dengan sesiapa.

SAYA MENJAWAP:Maaf TUN,pemahaman TUN tentang konsep "Trinity"atau "Tritunggal"tak dalam.Agama kristian tetap percaya Allah hanya SATU yang menyatakan diriNya dalam tiga oknum (Bapa,Anak dan Roh Kudus).Sama seperti manusia yg diciptakan menurut gambar dan rupa TUHAN .Manusia mempunyai (1)TUBUH (2) JIWA (3) ROH -manusia ialah mahkluk 'Tritunggal' TIGA DLM SATU sama seperti TUHAN ALLAH itu tritunggal (Bapa,Anak (Jesus) dan Roh Kudus).Contoh lain ialah AIR.Air hanya satu tetapi kandungan molikiulnya TIGA (H2O-2 Hidrogen dan 1 oksigen)untuk menjadi Air.
Dalam Kristian Allah itu bapa(pencipta)kami,bukannya Allah itu berbapa,dan bukan melahirkan melainkan mengambil bentuk,menjelma menjadi manusia dalam Jesus.

(TUN MENULIS)
11. Di Semenanjung Malaysia kita tidak pernah mendengar orang Kristian menggunakan kalimah "Allah" apabila bercakap berkenaan God dalam bahasa Melayu. Kenapa pula kita sekarang akan mengguna kalimah ini?

JAWAPAN SAYA:Kalimah "Allah"amat berleluasa digunakan diMalaysia Timur Sabah/Sarawak terutamanya sembayang hari minggu digereja-gereja yang gunakan bahasa Malaysia walaupun jarang kedengaran disemenanjung Malaysia.Disemenanjung Malaysia,majoriti Gerejanya ialah bersembayang dalam bahasa English,Chinese dan Tamil maka memang kalimah "Allah"jarang atau tidak disebut langsung kerana masyarakat Kristian hanyalah terdiri dari kaum cina dan India.Sejak zaman british,rakyat sabah/sarawak yang beragama Kristian menggunakan kalimah "Allah"dalam bahasa melayu tanpa ada kontroversi dan ini bukanlah baru dipraktekkan sekarang melainkan sudah ratusan tahun dipakai guna.

Saya kira bila agama dipolitikkan demi mencapai agenda masing2,sudah pastilah akan menimbulkan ketegangan.Saya harap pihak kerajaan akan berlaku adil memandang rakyat sabah/Sarawak telah buktikan sokongan padunya (99%)terhadap kerajaan BN dibandingkan dengan negeri lain.

Kepada majapil,

(TUN MENULIS)
9. Tetapi dalam agama Kristian terdapat konsep "Trinity" yang mana terdapat "God the Father, God the Son and the Holy Ghost". Jika dalam bahasa Melayu terdapat dalam kitab Injil atau syarahan berkenaan "Allah sebagai Bapak, Allah sebagai Anak dan Roh yang Suci", maka tentulah ini akan ditentang oleh orang Islam. Dalam Islam Allah tidak ada bapak, tidak ada anak. Ia tidak dilahirkan dan Ia tidak melahirkan sesiapa. Allah hanya satu. Ia tidak boleh disekutu dengan sesiapa.

SAYA MENJAWAP:Maaf TUN,pemahaman TUN tentang konsep "Trinity"atau "Tritunggal"tak dalam.Agama kristian tetap percaya Allah hanya SATU yang menyatakan diriNya dalam tiga oknum (Bapa,Anak dan Roh Kudus).Sama seperti manusia yg diciptakan menurut gambar dan rupa TUHAN .Manusia mempunyai (1)TUBUH (2) JIWA (3) ROH -manusia ialah mahkluk 'Tritunggal' TIGA DLM SATU sama seperti TUHAN ALLAH itu tritunggal (Bapa,Anak (Jesus) dan Roh Kudus).Contoh lain ialah AIR.Air hanya satu tetapi kandungan molikiulnya TIGA (H2O-2 Hidrogen dan 1 oksigen)untuk menjadi Air.
Dalam Kristian Allah itu bapa(pencipta)kami,bukannya Allah itu berbapa,dan bukan melahirkan melainkan mengambil bentuk,menjelma menjadi manusia dalam Jesus.

Inilah perbezaan yang jelas antara Muslim dengan Kristian.Makna Allah telah dijelaskan oleh Allah sendiri dalam surah Al-Ikhlas.Saudara telah tertinggal ayat ini ' Ia tidak boleh disekutu dengan sesiapa ' Dengan mengambil contoh 'air' terdiri dua unsur iaitu 2 Hidrogen dan 1 Oksigen telah menyamakan makhluk dengan Allah dan Allah itu ada sekutunya seperti hidrogen dan oksigen bersekutu baru boleh jadi air.Ini bertentangan dengan Islam kerana Allah tiada siapa yang menyerupainya dan tidak ada sekutu bagiNya.Allah tidak berkehendak pada makhluk tetapi makhluklah yang berkehendak kepadaNya.Tiada satu benda pun yang menyamai dan menyerupai Allah,tiada terfikir dan terlintas dihati manusia bagaimana rupa Allah.Allah Mahaberkuasa tidak perlu kepada sesiapa.Allah yang menjadikan Isa tanpa bapa seperti Adam tanpa bapa dan ibu, Hawa dijadikan daripada tulang rusuk Adam juga tanpa bapa dan ibu.
Adam dari tanah hitam yang kering dan keturunannya yang lain ,dari air mani sampai ke Isa , Ibunya Maryam mengandung tanpa disentuh lelaki dan lahirlah Isa.Inilah 4 kaedah lahirnya manusia ,3 daripadanya hanya khusus untuk Adam,Hawa dan Isa dan cara ke 4 itu percampuran benih lelaki dengan perempuan maka lahirlah keturunan manusia seperti anak-anak Adam dengan Hawa iaitu Qabil dan Habil.Di dalam Al-Quran semua nabi-nabi dari Adam,Nuh,Ibrahim,Luth,Ismail,Ishak,Yaakub,Yusuf,Syuaib,Musa,Daud,Sulaiman,Zakaria,Yahya,Isa dan nabi-nabi yang lain semuanya mengaku MUSLIM sebelum kedatangan nabi Muhammad dan kitab Al-Quran diturunkan.Agama nabi Ibrahim ialah Islam.Taurat,Zabur dan Injil diturankan selepas kewafatan Ibrahim.Al-Quran kepada Muhammad.
Pendustaan besar Kristian dan Yahudi yang mengatakan mereka mengikut agama dan Tuhan nabi Ibrahim.

No comments:

Post a Comment