Wednesday, December 23, 2009

NOTA UNTUK TUN M

Salam Tun,

Saya ingin menyatakan perasaan tidak puas hati saya kepada Tun....Tun begitu aktif dalam aktiviti yang berkaitan dengan memerangi kekejaman Amerika Syarikat & Israel ke atas penduduk Palestin...Tun juga sering berceramah dan menasihatkan agar umat Islam berbuat sesuatu ke atas Israel & Amerika Syarikat...Ini termasuklah memboikot produk-produk keluaran Israel & Amerika Syarikat...

Tetapi...

Baru-baru ini saya ada terlihat satu iklan di laman web Tun ini yang memaparkan Iklan sebuah syarikat multinasional yang berpangkalan di Amerika Syarikat...Syarikat ini memang amat dikenali oleh umat Islam sebagai sebuah syarikat yang membantu secara langsung ekonomi negara Israel...syrikat ini juga dikatakan sangat rapat dan sering memberi bantuan kewangan kepada bangsa Yahudi & Israel...Syarikat itu ialah "STARBUCKS"..

Kenapa perkara ini berlaku TUN? Kenapa biarkan Starbucks advertise produk mereka di blog TUN? Perkara ini tak seharusnya berlaku...saya harap Tun dapat membetulkan keadaan ini..sekian

wasalam

No comments:

Post a Comment