Monday, September 14, 2009

SIFAT TAMAK & HALOBA MILIK SIAPA? SUDAH TENTU PADA MEREKA2 YG MENGEJAR HARTA KEKAYAAN & KEMEWAHAN

written by Siapabohong, September 14, 2009 21:41:30


Inilah caranya nak jadi jutawan pada usia muda!
Bila dah jadi jutawan dapat perhatian, layanan dan penghargaan dari masyarakat!
Boleh berkepit-kepit sesama jutawan dengan gaya hebat masing-masing!
Bukankah kita juga yang menggalakkan ini?
Kita puja dan pandang tinggi pada jutawan!
Kita dibuai-buai dengan motivasi untuk menjadi jutawan yang berkereta besar, rumah besar, gaya besar, isteri atau suami pun besar!
Kerana keinginan nak jadi jutawan membuak-membuak akibat dibuai-buaikan motivasi maka dilaksanakan rancangan menjadi jutawan
tak kira macam mana asalkan tercapai. Matlamat mengatasi moral maka tak kira sama ada haram atau halal lantak saja!
Inilah dia jutawan-jutawan yang telah menipu kita semua!
Kenapakah kita nak agong-agongkan jutawan sebegini!
Kenapakah kita beri penghargaan tinggi kepada jutawan-jutawan sebegini!
Orang sederhana dan jujur tidak ada tempat ke?

No comments:

Post a Comment