Friday, February 6, 2009

SINDIRAN DLM KOMEDI P.RAMLEE

Teringat aku dialog dlm filem P.Ramlee 'Seniman Bujang lapok':

Ramlee: Hey Ajis ... siapa kau?
Aziz: Akulah raja ....
Ramlee: Raja apa?
Aziz: Raja kapor

(raja disini raja kaki kapor saja lah ... tak sehebat mana pun)

Aziz(pula): Hey Ramlee...siapa kau?
Ramlee: Akulah king ...
Aziz: King apa?
Ramlee: King Kong ....

(disini status king tu ibarat mcm 'kingkong' saja ....ganas dan tidak berperi kemanusiaan..... binatang lah lebih tepat ....
patut pun semasa krisis perlantikan menteri besar Trengganu tahun lalu ada puak2 yg protes menentang keputusan Sultan Trengganu melantik calon bukan pilihan mereka ... maka disebut
pada banner (kain rentang)berbunyi: "KAMI MAHU DERIS...NATANG" ... 'natang' tu maksud binatanglah ... untuk tuanku sultan (atau 'king' dlm bahasa matsaleh).

Satu lagi dialog yg di ucapkan oleh pengarah Ahmad Nesfu semasa adegan shooting untuk filem komedi yg pertama mereka:

Ramlee: Betalah raja yang bergelar Setan Harun alrashid ....
Ahmad Nesfu: Cut! .... Bukan setan syaitan ..... sultan.

Bayangkan kalau dialog tu dok gunapakai istilah 'setan' saja tanpa istilah 'syaitan' .... maka akan jadi mcm nilah bunyinya kalau si pengarah Ahmad Nesfu akan utter: "Cut! ....bukan setan setan ...... sultan" .... tak ka pelik lagi bikin confuse bunyinya tu? sikit punya double 'setan' ka nak kena mention?

Disini .... ungkapan 'setan' sengaja diberi untuk 'Harun al rashid' sebagai sultan ... dan manusia biasa iaitu seniman bujang lapok si Ramlee ni di gunakan istilah yg agak lebih lembut dan lebih keAraban iaitu 'syaitan'...mungkin juga secara kebetulan atau dah tiada pilihan (no choice). Jarang2 sekali kita dengar ada sesiapa secara kasar memanggil 'syaitan' untuk seseorang apabila sedang marah .... padahal selalunya 'setan' saja yg sering digunapakai.

Itulah sindiran untuk 'sultan' buat2 atau pura2 tersilap sebut 'setan Harun alrashid' .... kononnya tersasul ... padahal nak kenen kat puak2 sultan lah tu ... sultan tu ibarat mcm setan sajalah lagaknya.

Tajam jugak sindiran tu ya?... tapi ramai orang tak dapek baca (between the lines) ... P.Ramlee punya joke.

Tak gitu bro Isham?

2009 Februari 7 06:02

No comments:

Post a Comment