Thursday, January 22, 2009

Apa Depa Kata tentang UMNO

Abdul Rahman Hashim said...

Saya bersetuju dengan pandangan yang dipaparkan oleh saudara itu. Sememangnya UMNO hari ini dilihat semacam sudah tidak bermaya lagi, kapalnya hampir karam angkara pemimpinnya yang tidak fokus kepada perjuangan membela agama, bangsa dan negara. Mereka ini penggila kuasa yang hanya mementingkan kedudukan sehingga mencemarkan imej UMNO sebagai parti perasuah terbesar di negara ini.
UMNO perlu dirombak, dibaik pulih malah pemimpin-pemimpinnya yang usang haruslah pandai mencari lorong keluar untuk memberi laluan pula kepada pemuka-pemuka baru. Tun Musa Hitam pernah menyebutkan bahawa UMNO merupakan parti yang sudah tua, yang memerlukan sinergi baru untuk masa depan yang lebih gemilang kepada orang Melayu di negara ini.
Sila ikuti komen saya yang selanjutnya mengenai sebab muasabab kekalahan BN di PRK P036 Kuala Terengganu di dalam blog maya www.locengwangsa.blogspot.com.

5:27 AM



shahbandarmalakat said...

Datuk , Di saat ini saya tak dapat fikir orang lain boleh menyelamtkan UMNO /BN..hanya Tengku Razaleigh yang mempunyai caliber seorang pemimpin yang tak ada rekod kotor,malah di sebaliknya yang dynamis telah banyak berjasa kepada Negara cuma musuh musuhnya saja yang menutup jasa jasanya beliau dari pengumuman ramai( Contoh Perayaan ulang tahun PNB yang ke 25 tahun yang lalu nama TR tidak disebut langsung...Mereka ini sungguh zalim) .kita kena ingat siapa akitek Pembangunan Negara zaman Tun Abd Razak kalau bukan TR? Petronas/PERNAS/PMB/Bank National dll lain lagi...Untuk menegapkan UMNO agar tidak bergantung pad sumber kewangan dari parti parti lain seperti MCA, Beliau telah menubuhkan Fleet Group dengan modal satu juta yang dikeluarkan sendiri (atas arahan Tun Abd Razak) ..Malah Bangunan UMNO yang ada ini pun didirikan diatas tanah beliau..,siapa kalangan orang UMNO yang boleh lakukan macam TR?
Jadi tak perlu Re branding..hanya beberapa pimdahan dalam perlembagaan UMNO tu nak di ubah sikit supaya sama jadi macam UMNO asal...

10:02 AM



hlekir said...

Komen Ali Rustam terhadap kekalahan BN di KT (Berita Harian), `Pembangkang mengamalkan taktik kotor dengan berkumpul beramai2 di pusat mengundi dan ini menyebabkan pengundi takut untuk datang mengundi'.

Komen saya, betapa rendahnya IQ seorang calon pemimpin UMNO.

11:29 AM


SUKJ said...

Datuk,

1. Tak perlu bubarkan parti tetapi KAMBUS mereka-mereka yang tidak ikhlas dan tidak mampu bekerja untuk parti.

2. Umno perlu kenal pasti siapakah pemimpin-pemimpin UMNO yang hanya 'Retorik kosong, hipokrit dan boleh bekerja'?

3. Sebagai bukti, cuba lihat fakta yang saya turunkan di bawah ini.

ANALISA KEPUTUSAN PRK KT(P36)

1) Peti Undi Kg Nibong, bapa angkat – Mukhriz. Keputusan [BN – 751] [PAS - 1,010]

2) Peti Undi Kenanga, bapa angkat Khir Toyo. Keputusan [BN – 907] [PAS – 1,035]. Dalam PRU-12 yang lepas BN menang.

3) Peti Undi Chendering, bapa angkat Khairy. Keputusan [BN – 827] [ PAS – 625]

Berdasarkan fakta di atas, kita ingin mengetahui…

a. Siapa sebenarnya ‘Retorik Kosong’?

b. Siapa sebenarnya yang ‘Hanya Hipokrit’?

c. Siapa sebenarnya yang ‘Boleh Bekerja’?

4. Jangan kita terpengaruh dan terikut-ikut dengan kenyataan oleh Dr. Belit tuu?

5. Tahukah siapa Dr. Belit? Bukan Dr. Khir tapi yang usia dah 83 tahun tu.

11:37 AM


usabukata said...

dato ron,

kenapa masih tak habis-habis dengan retorik sahaja.
jangan cakap saja, buat dan ambil tindakan. dari bulan mac tahun lepas sampai sekarang asyik cakap saja.
orang dah semakin muak.

dato ron,

kenapa tiada siapa yang mengulas serta membincangkan ucapan raja nazrin baru-baru ini secara serius? tak berani ke? bukankan itu fakta sejarah?

dato ron,

usaha bukan kata
deeds not words

usabukata

11:57 AM



only said...

BN/UMNO kena berubah.reform.tak boleh lagi nak kekal dengan cara lama.rakyat sekarang dah makin lama makin cerdik dan matang dalam menilai situasi politik.Kalau BN/UMNO terus dengan cara nak tunjuk lagak dan ada kuasa maka percayalah yang BN/UMNO takkan ada peluang lagi untuk menang selepas ini dalam pilihanraya.

12:39 PM



Badr said...

Salam Takzim Dato' Ron dan sahabat semua,

Alangkah molek sekiranya konklusi Dato' bahawa "pandangan DS Najib betul, pandangan TS Muhyiddin betul dan pendapat semua sahabat yang membuat komentar dalam blog ini juga betul" dikongsi bersama dan merupakan pendirian semua pemimpin UMNO dipelbagai peringkat. Kalaulah semua pemimpin UMNO boleh berlapang dada dan menerima pendapat dan kritik yang disampaikan oleh "rakyat", maka kita bolehlah berharap satu anjakan positif kearah pembinaan siasah negara yang lebih mantap dan "bertamaddun" akan berlaku.

Saya hairan bagaimana misalnya DS Najib yang selalu mengutarakan theori Melayu Glokal dan theori Blue Ocean Strategy (BOS)boleh terlupa untuk aplikasikan approach itu dalam politik UMNO. Kalau kita amati, kedua-dua konsep tersebut terutama BOS, menggariskan pelbagai strategi dan tatatindak strategik yang perlu diambil oleh seseorang atau sesebuah organisasi untuk bukan sahaja kekal relevan dalam dunia yang semakin mencabar dan penuh dengan persaingan sengit, malah untuk menempatkan diri atau organisasi kita disatu tahap yang berbeza dari pesaing kita. Malangnya, dalam hal politik UMNO, DS Najib dan lain-lain pemimpin UMNO tidak langsung mengamalkan pendekatan sebegitu. Masanya sudah tiba untuk pemimpin-pemimpin besar dalam UMNO "walk the talk".

Salah satu langkah yang patut diambil oleh UMNO untuk mengembalikan kekuatan politik mereka ialah dengan merubah secara total struktur organisasi dan kaedah pemilihan para pemimpin disemua peringkat. Saranan-saranan yang pernah diutarakan oleh Ku Li, DS Rais Yatim dan ramai lagi pemimpin UMNO berkaitan kaedah pemilihan pemimpin UMNO secara pengundian terus oleh ahli-ahli misalnya boleh dijadikan asas pertimbangan. UMNO perlu menubuhkan satu pasukan pakar yang terdiri daripada bekas-bekas pemimpin yang berwibawa, berintegriti dan TIADA kepentingan peribadi untuk menggarap satu plan reformasi total UMNO meliputi aspek undang-undang tubuh, struktur dan kaedah pemilihan kepimpinan.

APapun langkah yang akan diambil, yang paling utama ialah "mengembalikan" UMNO kepada ahli-ahli dan orang Melayu, bukan dikongkong dan dijadikan hak eksklusif sesetengah puak, kabilah dan keluarga terpilih dalam masyarakat Melayu. JANGAN jadikan jawatan-jawatan penting dalam UMNO seolah-olah harta milik golongan tertentu sehingga boleh diparaidkan sesama mereka seperti sekarang!

Pendapat saya mungkin dhaif dan naive serta tidak mewakili suara ahli-ahli UMNO. Tetapi pemimpin UMNO perlu ingat, nasib dan hayat politik mereka bukan ditentukan oleh 3 juta ahli UMNO sahaja, malah sebaliknya oleh lebih dari 13juta pengundi. Oleh itu, selain dari mendengar pendapat dan kehendak ahli-ahli UMNO, pemimpin UMNO wajib juga mendengar dan menilai pandangan dan rintihan rakyat yang bukan ahli UMNO.

Maaf, bukan maksud saya untuk mengajar itik berenang, jauh sekali dari bermaksud mengajar Dato' Ron berpolitik.

Salam.

1:39 PM


imah said...

Salam Dato'

Umno/BN ibaratkan seorang pekerja yang bekerja terlalu lama tanpa rehat secukupnya.

Pekerja itu menganggap dirinya pekerja yang baik kerana terus bekerja tanpa cuti sepanjang tahun. Tetapi dia tidak terfikir dengan bekerja terus menerus tanpa henti sebenarnya kualiti kerja terjejas kerana kepenatan, tahap kesihatan yang rendah dan tenaga yang semakin berkurangan.

Dengan sebab itu, untuk mengembalikan kecergasan fizikal dan minda, setiap pekerja diperuntukkan sejumlah hari untuk bercuti. Terbukti dengan mengambil cuti, pekerja akan kembali cergas seterusnya menghasilkan produk yang berkualiti.

Begitu juga Umno/BN. Terlalu lama memerintah. Sudah tidak tahu lagi mana yang rakyat mahu dan mana yang rakyat benci. Semua main taram jer. Hasilnya semua keputusan yang Umno/BN/kerajaan buat sudah tidak relevan lagi dengan keperluan semasa rakyat.

Bagi menyegarkan kembali Umno/BN, langkah sebaik-baiknya ialah merehatkan Umno/BN daripada memerintah untuk tempuh dua penggal. Selepas itu Umno dengan ahli yang baru, pemimpin yang baru bolehlah bangkit semula.

Semasa tempuh berehat ini pastilah semua jenis dedalu, ulat taik dan semua parasit yang ada dalam Umno akan meninggalkannya. Yang betul-betul ada dalam Umno dalam tempuh 10 tahun berehat ini pastinya yang tulin berjuang untuk parti.

Berikan sepuluh tahun Umno jadi pembangkang. Selepas itu Umno akan segar kembali.

7:17 PM



tok iskandar said...

Bukti UMNO semakin pupus dan akan dimasukkan ke dalam muzium.politik ugutan dan penderaan sudah basi.Nak tukarkan kakitangan awam 24 jam kerana menyokong pembangkang,nescaya akan bercambahlah cawangan baru PAS atau PKR di sana.
UMNO masih belum serik dan suka menyusahkan rakyat kerana kebanyakan kakitangan awam yan ditukarkan itu adalah berkaliber dan disukai ramai termasuklah ADUN Ladang,Tengku datuk Hassan yang juga merupakan bekas pegawai kewangan negeri Terengganu dan bakal SUK Terengganu yang diminta Idris Jusoh meletakkan jawatan dalam tempoh 24 jam.
Bukti betapa jahatnya UMNO.Minyak dunia dah turun tetapi kerajaan BN tak mahu turunkan lagi harga minyak.
Tok Uban Shahrir pula umumkan harga gula akan dinaikkan.Ramai yang tidak tahu bapa mertua shahrir samad ialah robert kuok yang merupakan orang terkaya di Malaysia dan menguasai pasaran gula di Malaysia selain memiliki rangkaian hotel Shangri La

7:37 PM




aah said...

Saya berada diKT mulai 15/1 hingga17/1,kesimpulan yang dapat saya buat Pemimpin UMNO masih tidak mahu berubah.Masih suka menunjuk nunjuk dengan kereta mewah Merz,Harrier,Mpv,Bmw yang kebanyakanya bercermin gelap.Meletak kereta di depan Hotel mewah tak kira atas divider atau tempat larangan,berlagak macam bumi ini harta bapak mereka.

Apabila bergerak mesti berkonvoi atau ada escort,cukup memalukan !

Rakyat cukup meluat dengan gelagat Pemimpin UMNO,PERCAYALAH RAKYAT AKAN TERUS MENGHUKUM TIBA PRU 13 NANTI.

7:56 PM

Seladang said...

Dato Ron yang dihormati.

Tanam buluh benih Kembayat,
Tanam merata sepanjang hayat;
Najib nak suruh mesra rakyat,
Mereka kikis harta dan hak rakyat.

Padi sawah padi bukit,
Padi dikisar ditumbuk lesung;
Pemimpin bawah makan sedikit,
Pemimpin besar melonggok bergunung.

Dari Tampin ke Tasik Chini,
Orang tua diserang tabuan;
Di kiri pemimpin di kanan bini,
Dua-dua menyapu habuan.

Berakit-rakit di Lubok Kawah,
Di Mengkasar batuk terbersen;
Jika sedikit dipanggil rasuah,
Jika besar dipanggil komisyen ?

http://tokperan.blogspot.com

8:24 PM

CUCU TOK KEDU said...

KERJA SAMA BN SUDAH TIDAK ERAT - KEPURA-PURAAN PEMIMPIN BN TERUTAMANYA UMNO BAHAWA ADA PERPADUAN SESAMA MEREKA SUDAH DAPAT DIKESAN RAKYAT - MEREKA PENTINGKAN KRONI MEREKA DARI AHLI-AHLI PARTI - UCAPAN SELAMAT TINGGAL MULA BERPUTIK DAN BERBUNGA. ADAKAH NAJIB MAMPU MENGHARUNG INI SEMUA ?

8:36 PM

akal ask said...

datok,
seandainya hanya baju sahaja yang berganti akibat hitam dek daki,namun badan dibiarkan penuh kurap tak juga elok.

seandainya mengharapkan pohon merimbun tapi akarnya dicangkul tak juga merimbun,makin layu adanya,

seandainya mengharapkan undi tapi perasaan rakyat tak diambil kira,percayalah sekali dua boleh tapi bila dah banyak kali,ingatlah..........
bumi berputar,hukum alam juga berubah,cuma hukum tuhan yang kekal,itu pun ada yang memperlekehkan.

kalau nak tau rakyat trg sebenarnya amat sensitive dengan isu agama,walaupun cuba dipesongkangkan oleh mb lama hadari,tapi lihatlah natijahnya,bilamana komen2 najib mengenai isu hudud walaupun 10 tahun lepas,dan komen si khairi juaga isu hudud dimainkan oleh pihak pas... akhirnya terkubur jua harapan mempertahankan parlimen kt.

dan percayalah dengan keluarnya statment2 yang bukan2 dari pemimpin akan bertambah malaplah harapan umno untuk menguasai parliman di pru 13 nanti. apa nak buat konon bagus,cam bakal naib presdan tu punya komen dalam sinar harian.

10:23 PM

anjangaki said...

Kenapa BN tidak ambil iktibar dari kekalahan Pematang Pauh yang lalu.. Salah satu daripadanya ialah kempen yang keterlaluan melalui TV3, Saya sendiri walaupun ahli BN, amat MELUAT sekali atas kempen TV3 terutama sekali dalan Blutin Utama. Rakan-rakan sekerja juga rupa-rupanya begitu. Saya beranggapan sekiranya PR berjaya memerintah (dlm angan-angan lagi) sudah pasti TV3 lah yang paling awal dicantas. Fikir-fikirkanlah!!

11:13 AM

mad said...

ironinya ku li yg berpijak di bumi nyata dipinggirkan dalam pencalonan parti beberapa bulan lalu. yg kuat rasuah akan mendapat pencalonan, semakin bayak wang dihulur semakin banyaklah mendapat undi. baru2 ini yg didakwa rasuah dalam parti hanyalah ikan2 kecil sahaja, manakala jerung besar masih gah dan bodoh sombong. di situ kita sudah nampak bahawa umno sedang menuju kehancuran.

12:13 PM

mad said...

ali rustam memang sudah lama dikenal rendah iq nya. tak hairan dia mengeluarkan kenyataan begitu. inilah salah satu contoh pemimpin yg lahir hasil dari rasuah.

12:17 PM

Pak Brahim said...

Assalamualaikum Datuk,

Pandangan Sdr. shahbandarmalakat berhubung peranan YM Tengku Razaliegh Hamzah elok kita renung bersama. Perlu juga kita akui bermulanya krisis dalaman UMNO berpunca dari pemecatan, konspirasi fitnah dan dendam kesumat terhadap DSAI. Justeru natijah dari kemelut tersebut membawa kepada perpecahan dan krisis keyakinan kepada KERAJAAN UMNO/BN.

Saya turut bersetuju supaya usaha untuk menyatukan, mereda dan menyelamatkan krisis keyakinan terhadap kepimpinan, politik, ekonomi, badan kehakiman, keselamatan dan sebagainya demi kebaikan bersama hendaklah dilakukan dengan segera dan oleh pemimpin-pemimpin yang terbukti komited dan diterima rakyat.

Apa yang saya nampak adalah YM Tengku Razalieh memainkan peranan dari dalam UMNO/BN dan DSAI berusaha membuka laluan melalui PR.

Insyaallah, saya berkeyakinan mereka dapat menjuruskan penyatuan yang ikhlas berasaskan kepentingan kedaulatan RAKYAT dan NEGARA.

Marilah kita berdoa semoga NEGARA MALAYSIA YANG TERCINTA DAN UNIK INI DILINDUNGI ALLAH DARI KEHANCURAN DAN KEMUSNAHAN SEBALIKNYA ALLAH KURNIAKAN NEGARA MALAYSIA YANG MAJU, AMAN DAMAI DISAMPING RAKYATNYA YANG BERAGAMA BERILMU DAN BERTAQWA.

12:29 PM

AhmadRazinHjYob said...

Salam Datuk,

Pembubaran BN tidak akan menjejaskan UMNO, cuma yang rasa terjejas ialah pemimpin pemimpin UMNO yang merasakan mereka layak mewakili umat Melayu. Tetapi sikap dan perlakuan mereka kebanyakkanya telah memusnahkan UMNO. Satu masa lalu, UMNO pernah di bubarkan, dan kita lihat dengan serta merta ia dipulihkan dan berlakulah proses penyaringan. Yang di anggap tidak sehaluan di ketepikan dan bertindak menubuhkan Semangat 46 tetapi akhirnya bersatu kembali di bawah payung UMNO. Begitu juga konsep pembubaran Barisan Nasional, ia sebagai proses saringan ahli samada mereka benar benar ikhlas , kuat ataupun hanya sekadar menumpang teduh tanpa berbuat apa apa seolah olah hanya menumpang jenama yang popular ini.Masa inilah masa yang paling sesuai untuk membubarkan BN, saat dan ketika dimana BN di anggap lemah dan boleh dikalahkan dengan mudah oleh pembangkang dalam sebarang pilihanraya yang mendatang. Ini bukanlah konsep 'trial and error'. Ini adalah realiti yang sedang berlaku dalam politik Malaysia. Kita boleh memberi rakyat pilihan samada mereka suka konsep perpaduan berbilang bangsa melalui parti masing masing ataupun konsep sendirian di mana penggabungan hanya akan berlaku selepas sesuatu pilihanraya umum berlangsung. UMNO boleh kembali kepada sifat asal usulnya dan bernaung dengan kuat di bawah kedaulatan Islam dan Duli Yang Maha Mulia Raja Raja Melayu. Sebenarnya UMNO masih kuat dan mampu berdayung membelah ombak dan gelora walau di mana mana lautan politik di Malaysia ini jika UMNO masih berteraskan kepada Agama Islam dan mempertahankan Kedaulatan Raja Raja Melayu.

7:12 PM

No comments:

Post a Comment