Monday, February 9, 2009

BAPAK TAJOL ROSLI PUN PERNAH MENDERHAKA JUGA? sila baca

Name:orang melayu
E-mail address:tak payah!!!
Comments:ini bukti penyokong BN BUTA SEJARAH...!!!

DERHAKA KONON...CUBA BACA SEJARAH NIH...

Mengenang Sejarah
Sudah Ada MB Enggan Letak Jawatan Di Perak Sebelum Ini

DALAM mencari penyelesaian perang tempoyak di Perak hari ini bukan boleh dilakukan dengan cara menegakkan benang basah atau pun secara ‘keras kin’. Sebaik-baiknya ialah merujuk kepada perundangan, perlembagaan dan juga adat istiadat Melayu. Perisitwa atau kejadian lepas adalah paling afdal untuk dirujuk.



Semua pihak harus menyedari apa yang dilakukan Mohammad Nizar Jamaluddin dan Pakatan Rakyat mereka bukan tergilakan kepada jawatan MB yang dianggap sudah disamun secara penuh tektikal itu. Tetapi mereka hanya mahu menuntut keadilan. Itu saja.

Makanya penyeselaian secara berhemah dengan berpandukan kepada perlembagaan, kitab tatacara sesebuah negara. Jika perlembagaan sudah tidak dipakai, diletakkan di kaki dengan apa lagi hendak dijadikan panduan? Maka jadilah kita seperti haiwan; harimau, singa, ular tedong dan monyet. Mereka mana ada kitab tata cara hidup.

Mengenai pergolakan politik yang berlaku di Perak itu ada satu lagi versi atau cebisan sejarah lama boleh dijadikan panduan. Ianya dirasakan adil dan relevan kerana ia telah berlaku di negeri itu kira-kira 35 tahun lalu.

Kisah itu ialah mengenai apa yang menimpa ke atas bekas Menteri Besarnya, Tan Sri Mohamad Ghazali Jawi iaini bapak kepada Mohd Tajol Rosli pada tahun 1974. Apa yang berlaku ke atas Nizar hari ini senarionya sama walapun suasananya dan kondisinya berbeza.

Sultan Perak waktu itu, Sultan Idris Shah sudah tidak berkenan untuk melantik Ghazali Jawi untuk menjadi MB buat kali kedua (sambung selepas habis dua tahun). Bagaimana pun Ghazali tidak mahu melepaskan jawatan berkenaan dan kedegilan Ghazali itu menimbulkan masalah kepada Sultan Idris Shah.

Tindakan Ghazali itu menyebabkan Sultan tidak dapat berbuat apa-apa, kerana Perlembagaan Perak melarang baginda berbuat demikian. Apa yang menjadi alasan dan dipertikaikan Nizar kini itulah juga yang digunakan pakai oleh Ghazali untuk terus menjadi MB.

Pemuda Umno ketika itu memberi pandangan; “Sultan Perak mempunyai hak melantik dan berkenan seseorang memegang jawatan Menteri Besar, tetapi setelah dilantik dan diperkenankan, Sultan tidak ada hak mengikut Perlembagaan Negeri untuk memecat atau memerintahkan supaya meletakkan jawatan. Hak untuk memecat atau memerintahkan seseorang berhenti dari Menteri Besar, iala Presiden UMNO.”


Gara-gara keengganan Ghazali itu menyebabkan Sultan Idris murka dan bernazar baginda tidak akan mencukur janggut dan jambannya selagi Ghazali tidak berhenti menjadi MB.


Untuk beberapa ketika Sultan Idrsis tampil di khalayak dengan keadaan berjangut dan berjamban. Beliau benar-benar melaksanaan nazarnya, tidak mencukur janggut. Sehinggalah Ghazali Jawi berundur menjadi Menteri Besar baru baginda membersihkan mukanya.

Ghazali berhenti menjadi MB Perak bukan kerana kuasa sultan tetapi setelah beliau dinasihati oleh Presiden Umno ketika itu Hussein Onn menasihat agar Ghazali berbuat demikian. Atas nasihat Hussein Onn lah Ghazali membuat surat perletakan jawatan sebagai MB 1977.

Cuplikan kisah ini saya petik daripada buku biografi Tan Sri Ishak Tadin yang ditulis oleh penulis veteran Perak yang juga merupakan kawan rapat kepada Sultan Idrsis Shah, sdr Mokhtar Petah dan disedut daRI blog beliau;

Cuplikan itu seperti mana berikut:

DEWAN SANATE

Setelah tamat perkhidamatan di MAsir, Haji Mohd. Ghazali Jawi telah pulang ke tanah air dan dilantik sebagai ahli Dewan Sanat - senator. Dia telah memegang jawatan Menteri Muda Pembangunan Luar Bandar dan Setiausaha Agung UMNO.


Pada pilihan raya 1964 beliau telah menang merebut kerusi Dewan Rakyat (Kuala Kangsar) dan dilantik memegan jawatan Menteri Tanah dan Galian. Kemudian dia memegang jawatan Menteri Pertanian dan Perikanan.

Sultan Idris Shah telah tidak berkenan melantih Haji Ghazali Jawi sebagasi Menteri Besar Perak kerana pada masa dia memengang jawan Menteri Besar pertama, pada tahun 1960 dia telah ditangkap oleh polis atas tuduhan melakukan rasuah.

ARAB BERSATU


Kes Haji Ghazali itu digantung dengan kehendak Perdana Menteri. Dia telah dihantar ke Republik Arab Bersatu. Pada masa itu Sultan Idris Shah masih Raja Di Hilir Perak.
UMNO Negeri Perak telah menjadi dua golongan. Satu golongan di sebelah bekas Menteri Besar, Haji Kamaruddin dan memihak kepada Sultan Perak. Manakala pihak yang lain memihak kepada Haji Ghazali Jawi dan menentang Sultan Perak.

Kalangan UMNO yang menyebelahi Haji Kamaruddin Haji Mat isa, di antaranya anggota-anggota Pemuda UMNO negeri, Abu Bakar Ashaari dan Abdullah Haji Mohamad.

MENJADI PERUNDING

Mereka disebelah Haji Ghazali Jawi terdiri dari ahli-ahi Dewan Negeri Perak, di antaranya, Hisan Ibrahim, Shafie Mat Saman, Masu’ud bin Untoi dan Ismail Abdul Rauf, Dato’ Abdul Malik Ahmad, Dato’ Seri Haji Wan Mohamed bin Haji Wan Teh, Perdana Menteri, Tun Abdul Razak yang mahu krisis antara UMNO dengan Sultan Perak itu mencapai penyelesaian segera, Allahyarham telah menggunakan Ishak Tadin menjadi ‘perunding’ antara Saultan Idris dengan Haji Ghazali Jawi.

Ishak Tadin telah menggunakan kebijaksanaan dan diplomasinya memujuk Sultan Idris Shah. Pada satu malam beliau telah (berkata – MSO) kepada Baginda, bahawa Perdana Menteri, Tun Abdul Razak memohon Baginda melantik Haji Ghazali Jawi ke jawatan Menteri Besar dengan bersyarat, iaitu untuk selama dua tahun sahaja. Kemudian Baginda boleh melantik ahli Dewan Undangan Negeri yang lain sebagai Menteri Besar Perak.

MENGANGKAT SUMPAH

Sultan Idris yang yakin akan kejujuran Ishak Tadin sebagai pegawai tinggi kerajaan negeri, telah bersetuju dengan syarat itu dan baginda berkenan melantik Haji Ghazali Jawi untuk memegng jawatan Menteri Besar Perak.

Pada 4 September 1974, Haji Ghazali Jawi telah mengangkat sumpah memegang jawatan Menteri Besar, di hadapan Sultan Idris Shah, dalam Balai Rong, Istana Iskandariah, Bukit Chandan, Kuala Kangsar.

Dua hari kemudian, Sultan Idris Shah telah memanggil saya mengadap Baginda, di Istana Tambon, Ipoh. Dalam pertemuan saya dengan Baginda itu, saya telah memaklumkan kepada Baginda, bahawa dalam Perlembagaan negeri Perak tidak termaktub yang Sultan boleh melantik seseorang menjadi Menteri Besar selama dua tahun.

PARTI POLITIK

“ Kalau Tuanku melantik seseorang ahli Dewan Negeri Perak menjdi Menteri Besar, maka jawatan itu kekal kepada orang itu sehingga pilihan raya umum akan datang, iaitu kira-kira empat atau lima tahun,” kata saya kepada Baginda.

Saya melihat wajah baginda membayangkan perasaan sesal baginda melantik Haji Ghazali Jawi sebagai Menteri Besar Perak.

Kemudian saya memohon Baginda bersabar kerana untuk mengelakkan dari berlaku krisis antara parti politik yang memerintah dengan Istana. Baginda telah setuju.

MENYIMPAN JANGGUT

Setelah cukup tempoh dua tahun Haji Ghazali Jawi memegang jawatan Menteri Besar, dia tidak mengundurkan diri dari kerusinya. Sultan Idris Shah telah menimbulkan perkara itu dalam beberapa dari titah Baginda kepada orang ramai.

Haji Ghazali Jawi dan beberapa orang anggota UMNO Perak telah menyanggah titah Sultan Idris Shah dengan berkata, “Tidak ada dalam perlembagaan Negeri Perak Sultan melantik seorang ahli Dewan Undangan Negeri sebagai Menteri Besar selama dua tahun.”

Semenjak itu krisis antara UMNO dengan Sultan Idris Shah berlarutan, sehingga tahun 1977. Sultan Idris telah mengadakan nazar di Pulau Pangkor, iaitu selagi Haji Ghazali Jawi tidak meletakkan jawatannya, Baginda akan terus menyimpan janggut, jambang dan misai dan tidak akan menanda-tangani sebarang surat Majlis Mesyurat Kerajaan (EXCO) Negeri Perak.
BURUK SANGKA

Selama kira-kira dua tahun Sultan Idris Shah tidak bekerjasama dengan Menteri Besar dan tidak memperkenankan sebarang keputusan mesyuarat Exco Negeri Perak. Banyak rancangan kerajaan, terutama berhubungan dengan kelulusan dan pembangunan tanah menjadi tergendala.

Haji Ghazali Jawi terpaksa meninggalkan jawatannya kerana diberhentikan oleh Presiden UMNO – BN dan Perdana Menteri, Tun Hussein Onn pada tahun 1977. Sultan Idris Shah kemudiannya telah melantik Datok Sri Haji Wan Mohamed bin Haji Wan Teh, ahli Dewan Negeri (berunding dengan pihak ibu pejabat polis, di Kuala Lumpur mengenai kes tersebut. Kes itu telah diganntung atau dimansuhkan. Akhirnya Haji Ghazali Jawi telah meletakkan jawatan sebagai Menteri Besar Perak. Beliau lantik sebagai duta Persekutuan Tanah Melayu ke Republik Arab Bersatu, Masir.

Kata Mokhtar mereka yang tidak mengetahui catatan sejarah atau melupakan sejarah Negeri Perak menuduh Ir. Nizar Jamaluddin menderhaka kepada Sultan. Tetapi mereka yang peka dengan sejarah amat berhati-hati menuduH demikian, kerana ada kilat dan silaunya, ‘kata dulang paku sepih’.

KENAPA TAK KATA BAPAK TAJOL ROSLI DERHAKA????

Monday, February 9th 2009 - 06:57:11 AM

Sunday, February 8, 2009

CURRENT POWER OF OUR MALAY STATES SULTANATE

JUST CEREMONIAL POWERS - that's what written by our Perak Sultan (then when he wrote a book during his tenure as the Lord President).

read this:

written by lunas oh lunaih, February 08, 2009 16:45:47

`Under normal circumstances, it is taken for granted the Agong would not withold his consent to a request for dissolution of Parliament. His role is purely formal'

per Raja Azlan Shah, Constitutional Monarchy, Rule Of Law and Good Governance.

[Terjermahan secara harfiah: Di dalam keadaan biasa, Agong tidak boleh menahan dari memberikan perkenannya diatas permintaan untuk membubarkan Parlimen. Kewajiban tersebut semata-mata bersifat formaliti.]

Petikan diatas di pungut dari sebuah buku yang mana penulisnya bukan kepalang manusia. Penulisnya pernah menjadi, inter alia, Ketua Hakim Negara (Lord President), Yang Di Pertuan Agong dan sekarang ini seorang Sultan di Negeri Perak Darul Ridzuan (teman saya sdr L ManKadir Samsi, dalam blognya tokperan.blogspot.com menyebut sebagai Darul Rasuah). Buku tersebut menyerlahkan sifat kecendiakawanan (intellectuallity) sang penulis yang cukup hebat.
another by another commentor:
written by confuseus, February 08, 2009 17:09:41
Good idea but RPK can never be a good politician because he is not a snake.
But RPK can set up an Ombudsman Office under Royal patronage.
How about it, Sir RPK ??

OMBUDSMAN: HISTORY and DEVELOPMENT. The modern use of the term began in Sweden, with the Swedish Parliamentary Ombudsman instituted in 1809, to safeguard the rights of citizens by establishing a supervisory agency independent of the executive branch. A prototype of ombudsmen may have flourished in China during the Qin Dynasty (221 BC), and in Korea during the Joseon Dynasty The Romans may have also grappled with the problem However, it was the example of the second Muslim Caliph, Umar (634-644) and the concept of Qadi al-Qadat (developed in Islamic law), which influenced the Swedish King, Charles XII. In 1713, fresh from self-exile in Turkey, Charles XII created the Office of Supreme Ombudsman, which soon became the Chancellor of Justice.[1] A parallel institution, the Parliamentary Ombudsman, was later established by the Riksdag, and it was this that the Scandinavian countries subsequently molded into its contemporary form. In general, "ombudsman" refers to a state official appointed to provide a check on government activity in the interests of the citizen, and to oversee the investigation of complaints of improper government activity against the citizen The major advantage of an ombudsman is that he or she examines complaints from outside the offending state institution, thus avoiding the conflicts of interest inherent in self-policing.

Am trying to find time to write something abt it.
Yet another one:
How the Hell on Earth can we determine ones heart? high or low quality? These are Human Failings that no one can detect. Human nature is such that every actions there is a reason. Majority money power. Don't curse the rakyat who are innocent and want justice and fairness.

Stop Apologising on behalf on the Sultan of Perak. Allah will deal with him. Meanwhile pre signed undated legal documents have a lot of issues with Malaysia Legal Judiciary. If the Judgement is against these valid legal documents...be warned of the Rush of Business to GET OUT OF MALAYSIA. Already I have heard from sources of cancelled contracts. Malaysia Law NOt Reliable!!..Low Quality Laws!

QUICKLY MOVE MONEY TO OVERSEAS BANKS tomorrow until this issues is determined.

Lastly What the Hell is EC acting like a Judiciary Court?? Is Malaysia Systems so Stuffed that this ex-Lord President did not know.? Is not what you did at the Beginning that make one great, its how you Finish. All power and money will not buy you after life....Perak Sultan have moved from HERO to ZERO!! You need to ask AMPUN RAKYAT...Beribu-ribu AMPUN!!
KUASA MUTLAK RAJA-RAJA MELAYU KINI BUKAN SEPERTI ZAMAN KESULTANAN MELAYU MELAKA DULU LAGI.
[Harap belajar dari Sejarah] dan juga dari sebuah buku:
- Constitutional Monarchy, Rule Of Law and Good Governance - oleh Raja Azlan Shah (sendiri).
So, now the power of the Sultan/s (even the YDP Agong) are JUST CEREMONIAL POWERS - whereby his/their role/s are purely formal - i.e. 'semata-mata bersifat formaliti'.
Itulah masyarakat Melayu kita ... dari sejak dulu hinggalah sekarang.
Yang susahnya Melayu sejak dari dulu lagi tidak mahu membuang (menyingkir (discard) terus budaya yang dah lapuk lagi bertentangan dengan agama Islam yang kita anuti. Contoh yang paling ketara: Melayu selepas kemasukan pengaruh Islam dan sejak sekian lama dari zaman pemerintahan kesultanan Melaka lagi - masih ghairah mengamalkan adat tradisi ugama dan budaya Hindu seperti adat 'bersanding diatas pelamin' dengan upacara yang membuang masa iaitu upacara majlis merinjis dan menepung-tawar pasangan pengantin yang sedang bersanding diatas pelamin. Itu sememangnya adat dan budaya Hindu yang bertentangan dengan tuntutan agama Islam. Akan tetapi masyarakat Melayu kita tetap tegar dan tidak mahu buang atau mengenepikannya (for good).
Begitu juga dengan sistem beraja iaitu sistem kesultanan zaman terkini (mutakhir) - yang bukan lagi sama seperti dizaman Kesultanan Melayu Melaka dulunya atau juga yang sama sejenis dengannya. Masa itu - raja (sultan) memang mempunyai kuasa mutlak sepenuhnnya. Jika seseorang raja atau sultan bertindak sebagai seorang raja yang adil (mengikut lunas-lunas Islam) baginda tidak akan dengan sewenang-wenangnya bertindak sendirian tanpa nasihat orang2 kanan baginda seperti Bendahara atau memanda menteri. Sudah tentu baginda akan mempertimbangkan atas nasihat2 para2 pembesar istana yang waras lagi mengikut hukum hakam Islam.
Namun, jika sekiranya raja atau sultan bertindak atas kuasa mutlak yang ada padanya (dengan tanpa merujuk kepada sesiapa - iaitu mengikut nafsu amarah dan kerakusan hatinya - maka dia akan terus saja membuat keputusan menghukum tanpa usul periksa lagi. Juga adakalanya baginda tidak langsung menerima nasihat para pembesar malah dimanupulasi pulak oleh pakar2 pembesar yang memulakan konsprasi dalam kalangan istana. Banyak peristiwa2 menyayat hati dan tragedi berlaku dikalangan istana akibat kerakusan raja2 atau sultan2 yang bertindak liar menghukum mereka2 yang tidak berdosa (tanpa usul periksa).
Ya! Dulu lain..... memang dulu lain.
Sekarang lain.
Bacalah buku yang ditulis oleh Tuanku Raja Azlan sendiri.

Friday, February 6, 2009

SINDIRAN DLM KOMEDI P.RAMLEE

Teringat aku dialog dlm filem P.Ramlee 'Seniman Bujang lapok':

Ramlee: Hey Ajis ... siapa kau?
Aziz: Akulah raja ....
Ramlee: Raja apa?
Aziz: Raja kapor

(raja disini raja kaki kapor saja lah ... tak sehebat mana pun)

Aziz(pula): Hey Ramlee...siapa kau?
Ramlee: Akulah king ...
Aziz: King apa?
Ramlee: King Kong ....

(disini status king tu ibarat mcm 'kingkong' saja ....ganas dan tidak berperi kemanusiaan..... binatang lah lebih tepat ....
patut pun semasa krisis perlantikan menteri besar Trengganu tahun lalu ada puak2 yg protes menentang keputusan Sultan Trengganu melantik calon bukan pilihan mereka ... maka disebut
pada banner (kain rentang)berbunyi: "KAMI MAHU DERIS...NATANG" ... 'natang' tu maksud binatanglah ... untuk tuanku sultan (atau 'king' dlm bahasa matsaleh).

Satu lagi dialog yg di ucapkan oleh pengarah Ahmad Nesfu semasa adegan shooting untuk filem komedi yg pertama mereka:

Ramlee: Betalah raja yang bergelar Setan Harun alrashid ....
Ahmad Nesfu: Cut! .... Bukan setan syaitan ..... sultan.

Bayangkan kalau dialog tu dok gunapakai istilah 'setan' saja tanpa istilah 'syaitan' .... maka akan jadi mcm nilah bunyinya kalau si pengarah Ahmad Nesfu akan utter: "Cut! ....bukan setan setan ...... sultan" .... tak ka pelik lagi bikin confuse bunyinya tu? sikit punya double 'setan' ka nak kena mention?

Disini .... ungkapan 'setan' sengaja diberi untuk 'Harun al rashid' sebagai sultan ... dan manusia biasa iaitu seniman bujang lapok si Ramlee ni di gunakan istilah yg agak lebih lembut dan lebih keAraban iaitu 'syaitan'...mungkin juga secara kebetulan atau dah tiada pilihan (no choice). Jarang2 sekali kita dengar ada sesiapa secara kasar memanggil 'syaitan' untuk seseorang apabila sedang marah .... padahal selalunya 'setan' saja yg sering digunapakai.

Itulah sindiran untuk 'sultan' buat2 atau pura2 tersilap sebut 'setan Harun alrashid' .... kononnya tersasul ... padahal nak kenen kat puak2 sultan lah tu ... sultan tu ibarat mcm setan sajalah lagaknya.

Tajam jugak sindiran tu ya?... tapi ramai orang tak dapek baca (between the lines) ... P.Ramlee punya joke.

Tak gitu bro Isham?

2009 Februari 7 06:02

PERAK ROYAL GUESTBOOK

Name:Raja Jembalang ibni Al Marhum Raja Jin Apfrit
E-mail address:rajakapoq@jembalang.com
Homepage URL:

http://rajakelupoq.buloqspot.com/

Comments:

APA KA JADAH LAMANWEB MACAM NI PUNYA JENIS NI HUH?

BERAPA PUNYA KUCAR KACIR PUNYA LAMANWEB NI HAAA?

GILA! GILA! GILA! GILA HABIH CEMPERA PUNYA WEBSITE

KASI BUBAR SAJALAH ..... HARU BIRU PUNYA POSTING ... BIKIN HURU HARA SAJA ... KACAU BILAU TAK MENENTU ...NANTI BERTAMBAH PORAK PERANDA LAGI ......

LAMANWEB MACAM NI HANYA LAYAK UNTUK PENGHUNI DI HOSPITAL BAHAGIA TG RAMBUTAN BOLEH LAAAA ....NANTI BERTAMBAH RAMAI PENUH SESAK KAT HOSPITAL BAHAGIA PULAK? .... BERTAMBAH PULAK BELANJA.
APA WEBMASTER DOK TUNGGU LAGI?

BUBAR SAJALAH

BIKIN KELIRU PELAWAT2 DISINI SAJA... MULA NAIK SEWEL
BULEH GILA SEMUA

NAK JAGA KEPENTINGAN PELAWAT KA? ATAU NAK JAGA KEPENTINGAN SAPA NI?

TUNGGU APA LAGI? WEBMASTER? TUNGGU KAPLA BAPAK LAGI?

BUBAR SAJALAH .... BUBAR! BUBAR! ... JANGAN NANTI NASI DAH JADI BUBUR .....

BUBAR! BUBAR!

SUPAYA TIDAK SEMAKIN BERTAMBAH KUCAR KACIR KEADAAN

BUBAR SAJALAH UNTUK KEPENTINGAN SEMUA ... UNTUK KEBAIKAN SEJAGAT!

BUBAR! BUBAR! BUBAR!

SELOSAI MASAELAH!

Friday, February 6th 2009 - 10:51:40 AM