Friday, January 23, 2009

APA DEPA KATA tentang BAHASA

BAHASA MELAYU vs BAHASA INGGERIS
Apa yang hendak memperjuangkan sangat oleh kaum-kaum Melayu yang dikatakan pejuang bangsa dan pejuang bahasa itu?
Lihat sajalah betapa lumrahnya penggunaan bahasa Inggeris diseluruh negara, apatahlagi di sekitar Lembah Kelang, Kuala Lumpur, Putra Jaya dan disekitarnya. Terpampang dimana-mana. Tak perlu disenaraikan. Terlalu banyak. Boleh pandang dan lihat sendiri.
Ini bukan baru. Nama-nama bangunan, nama-nama syarikat, firma, premis perniagaan, nama-nama jalan (contoh terbaik Presint sebagai nama jalan di Putrajaya - nak meniru macam di New York konon yang menggunakan Precinct pada nama-nama jalan). Itu sudah menunjukkan bahawa kita amat berbangga dengan penggunaan bahasa Inggeris. Penggunaan dalam pertuturan satu - ini tidak menjadi persoalan kerana ianya sebagai satu bentuk medium perantaraan disegi komunikasi, apatahlagi bahasa Inggeris sebagai satu bahasa perantaraan antara bangsa di seluruh dunia.
Satu lagi - Penggunaan bahasa Inggeris (sebagai bahasa asing - foreign language) dalam memberi lambang dengan mengekalkan identiti adalah satu persoalan yang harus di pertikaikan dan dikekang (dicegah). Identiti disini bermaksud dalam memberi nama pada satu-satu 'landmark' atau 'mercu-tanda' juga pada nama yang menunjukkan identiti negara kita (sebagaimana contoh Presint diatas). Tentang 'bangga' akan sesuatu pun seharusnya sekadar berpatutan dan berpada-pada - tidaklah sehingga terjejas akan identiti kita sendiri.
Melayu Melayu kita yang cinta sangat akan bahasa hinggakan sanggup memberi sekatan atau ruang yang sempit untuk generasi akan datang agar terperangkap dengan hanya penggunaan bahasa sendiri. Sedangkan bahasa Inggeris sendiri (bahasa antarabangsa) satu-satunya bahasa yang digunakan dalam pelbagai rujukan (tambah pula subjek seperti Science dan Mathematics). Apakah kita yang Melayu ni sanggup melihat anak-anak generasi baru kita terpaksa meraba-raba mencari-cari makna dan maksud dalam rujukan terhadap subjek Science dan Mathematics yang sudah semestinya banyak yang terdapat kajian-kajian maklumat dalam bahasa Inggeris? Jika dan apabila mereka yang diajar dalam bahasa pengantar bahasa Melayu, sudah tentu terpaksa pula kena belajar juga penggunaan bahasa Inggeris dikemudian hari untuk memahami kajian-kajian seterusnya (extra-learning and for pursuing further studies like specialists and so on). Tidakkah itu dikira dah terlambat? atau bila dah terdesak, barulah tergesa-gesa mencari peluang untuk mempelajari bahasa Inggeris, sedangkan peluang yang ada sekarang memang boleh didapati dari awal lagi dibuang atau ditolak, semata-mata kerana untuk menjaga martabat bahasa Melayu, yang tidak sepatutnya dibangkitkan langsung.
Ini kerana apa yang sedang berlaku pada bahasa Melayu kini pada penggunaan secara menyeluruh, nyata sekali bercelaru dan berterabur dan memang tidak terurus sejak sekian lama lagi. Ini semua amatlah jelas dan nyata terbukti dan dapat kita semua menyaksikan dengan mata kepala kita sendiri dipersekitaran kita juga pada seluruh negara 'amnya.
Jadi, kenapa baru sekarang baru terfikir untuk mempertahankan martabat bahasa Melayu? Kita kalau mengaku sebagai pejuang bahasa sepatutnya membersihkan dulu segala apa jua kotoran, kepincangan dan pencemaran bahasa yang wujud sekarang, yang berada didepan mata kita, dimerata pelusuk persekitaran dan negara keseluruhannya. Cuci segenap sampah kotoran yang bertaburan didepan mata, dihalaman persekitaran 'rumah' kita dulu. Bukan nak jaga benda atau perkara yang maseh belum berlaku (sama ada positif atau negatif) - kita perlu kena bersihkan dulu kotoran yang memang dah lama terpalit sejak sekian lama dulu. Tindakan itu yang harus di ambil terlebih dulu. Bila dah berjaya dihapuskan segala pencemaran dan nyata menjadi bersih, kemudiannya barulah boleh mendabek dada yang diri kita sebagai 'pejuang bahasa'.
Kenapa hendak memberi tekanan terhadap bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar dalam subjek matapelajaran Science dan Mathematics, sedangkan penggunaan bahasa Inggeris sememangnya semakin berleluasa penggunaannya oleh semua peringkat lebih-lebih lagi dari kalangan orang Melayu sendiri (terutamanya yang kononnya bertaraf intelek).
Ini dapat kita lihat dan tontoni dimerata-rata majlis apatah lagi di rancangan-rancangan TV dalam pelbagai bentuk dan persembahan.
Pak pak menteri sendiri dan ahli-ahli politik Melayu kita pun apa kurangnya, masing-masing ghairah menggunakan bahasa Inggeris dengan sewenang-wenangnya dalam apa jua maupun dalam pertuturan mereka. Jika tidak nanti dikata orang, mereka semua tu tidak 'English-educated' - jadi menjatuhkan martabat dan credibility mereka seolah-olahnya. Disini nampak puak-puak Melayu sendiri yang terasa martabat mereka jatuh disebabkan tidak pandai berbahasa Inggeris. Justeru itu, dimana kedudukan Melayu yang kononnya memperjuangkan martabat bahasa demi bangsa Melayu? Adakah itu semua hanya sekadar retorik sahaja? Nampak-nampaknya begitulah.
Dengan penggunaan istilah Inggeris di campur-aduk bersama bahasa pertuturan Melayu sehingga diterima pakai dengan begitu senang dan menyeluruh oleh orang Melayu kita sendiri, secara tidak disedari ianya sudah menjadi lumrah dan dengan sendirinya sudah dianggap relevan. Jadi, jika hanya segelintir sahaja pejuang bahasa dari kalangan orang Melayu kita yang kononnya bermati-matian kini untuk mempertahankan maruah dan martabat bahasa dan bangsa kita, tidak mungkin boleh mengubah kehendak dan kecenderungan majoriti. Mungkin tidak akan dapat sambutan menyeluruh.
Mengapa baru sekarang barulah sedar dan terasa untuk bangkit memperjuangkan semua ini? Sedangkan badan yang seharusnya dan sepatutnya menjaga dan mengendalikan kedaulatan bahasa Melayu (iaitu Dewan Bahasa Pustaka sendiri) pun tidak kisah dan tidak begitu ambil peduli dan ambil berat tentang kepincangan bahasa Melayu yang telah pun tercemar sejak sekian lama. Kini baru badan-badan seperti Gapena yang kononnya pejuang bahasa baru bangun dari tidur-lena, terkejut tersentak, baru sedar akan bahasa Melayu sedang menuju kemusnahan dan kehancuran? Kenapa apa yang berlaku dulu itu, mereka tidak nampak? Kenapa sekarang, baru nampak?
Satu soalan untuk para pejuang bahasa yang dikatakan pencinta bahasa Melayu dan 'Pejuang Melayu' konon-kononnya - Sejak dari dulu lagi - kenapa anda sekalian tidak mempertikaikan nama atau jenama UMNO itu sendiri? U.M.N.O. singkatan kepada United Malays National Organization. Kan menggunakan bahasa Inggeris tu? Kan itu bahasa penjajah Inggeris yang menjajah kita sejak beratus-ratus tahun dulu? Kenapa diam membisu dalam isu seperti itu? Tunjuk lah kepahlawanan anda dalam memperjuangkan martabat bahasa dan maruah bangsa, sebagaimana yang senantiasa dicanang-canang dan dilaung-laungkan. Dimanakah langkah pertama dalam usaha perjuangan mereka semua?
Padahal isu yang dibangkitkan diatas (mengenai penggunaan bahasa Inggeris dalam nama singkatan UMNO itu sendiri) sepatutnya di perbetulkan dan dibubarkan jika bahasa Inggeris dianggap sebagai pengaruh penjajah yang harus dihapuskan dari minda pemikiran anak bangsa kita seterusnya. Dari situlah seharusnya langkah pertama dimulakan oleh mereka yang dikatakan pejuang bahasa dan juga pejuang bangsa. Mengapa ini tidak berlaku?
Sekian.
ikhlas dari,
Bahadon



Thursday, January 22, 2009

APA OBAMA KATA

Khamis, 2009 Januari 22

TEKS ASAL AMARAN OBAMA KEPADA MADEY DAN ISTERI ROSMAH


INI DIA PETIKAN UCAPAN OBAMA

KEPADA MADEY:


To the Muslim world, we seek a new way forward, based on mutual interest and mutual respect. To those leaders around the globe who seek to sow conflict, or blame their society's ills on the West - know that your people will judge you on what you can build, not what you destroy.


Kepada dunia Muslim, kami mencari jalan baru untuk ke hadapan, berasaskan kepentingan bersama dan hormati menghormati. Kepada setengah pemimpin di dunia yang ingin menanamkan benih persengketaan, atau menuduh Barat sebagai punca segala kebejatan dalam masyarakat mereka – sedarlah rakyat kamu akan mengadili kamu diatas apa yang kamu bangunkan dan bukan apa yang kamu rosakkan.



KEPADA ISTERI ROSMAH:


To those who cling to power through corruption and deceit and the silencing of dissent, know that you are on the wrong side of history; but that we will extend a hand if you are willing to unclench your fist.



Kepada mereka yang ingin terus berkuasa melalui rasuah dan penipuan dan menutup ruang demokrasi untuk rakyat bersuara, sedarlah bahawa kamu bukan bersama sejarah, tetapi kami akan menghulurkan tangan jika kamu bersedia membuka gengaman kuku besi kamu.

Apa Depa Kata tentang UMNO

Abdul Rahman Hashim said...

Saya bersetuju dengan pandangan yang dipaparkan oleh saudara itu. Sememangnya UMNO hari ini dilihat semacam sudah tidak bermaya lagi, kapalnya hampir karam angkara pemimpinnya yang tidak fokus kepada perjuangan membela agama, bangsa dan negara. Mereka ini penggila kuasa yang hanya mementingkan kedudukan sehingga mencemarkan imej UMNO sebagai parti perasuah terbesar di negara ini.
UMNO perlu dirombak, dibaik pulih malah pemimpin-pemimpinnya yang usang haruslah pandai mencari lorong keluar untuk memberi laluan pula kepada pemuka-pemuka baru. Tun Musa Hitam pernah menyebutkan bahawa UMNO merupakan parti yang sudah tua, yang memerlukan sinergi baru untuk masa depan yang lebih gemilang kepada orang Melayu di negara ini.
Sila ikuti komen saya yang selanjutnya mengenai sebab muasabab kekalahan BN di PRK P036 Kuala Terengganu di dalam blog maya www.locengwangsa.blogspot.com.

5:27 AM



shahbandarmalakat said...

Datuk , Di saat ini saya tak dapat fikir orang lain boleh menyelamtkan UMNO /BN..hanya Tengku Razaleigh yang mempunyai caliber seorang pemimpin yang tak ada rekod kotor,malah di sebaliknya yang dynamis telah banyak berjasa kepada Negara cuma musuh musuhnya saja yang menutup jasa jasanya beliau dari pengumuman ramai( Contoh Perayaan ulang tahun PNB yang ke 25 tahun yang lalu nama TR tidak disebut langsung...Mereka ini sungguh zalim) .kita kena ingat siapa akitek Pembangunan Negara zaman Tun Abd Razak kalau bukan TR? Petronas/PERNAS/PMB/Bank National dll lain lagi...Untuk menegapkan UMNO agar tidak bergantung pad sumber kewangan dari parti parti lain seperti MCA, Beliau telah menubuhkan Fleet Group dengan modal satu juta yang dikeluarkan sendiri (atas arahan Tun Abd Razak) ..Malah Bangunan UMNO yang ada ini pun didirikan diatas tanah beliau..,siapa kalangan orang UMNO yang boleh lakukan macam TR?
Jadi tak perlu Re branding..hanya beberapa pimdahan dalam perlembagaan UMNO tu nak di ubah sikit supaya sama jadi macam UMNO asal...

10:02 AM



hlekir said...

Komen Ali Rustam terhadap kekalahan BN di KT (Berita Harian), `Pembangkang mengamalkan taktik kotor dengan berkumpul beramai2 di pusat mengundi dan ini menyebabkan pengundi takut untuk datang mengundi'.

Komen saya, betapa rendahnya IQ seorang calon pemimpin UMNO.

11:29 AM


SUKJ said...

Datuk,

1. Tak perlu bubarkan parti tetapi KAMBUS mereka-mereka yang tidak ikhlas dan tidak mampu bekerja untuk parti.

2. Umno perlu kenal pasti siapakah pemimpin-pemimpin UMNO yang hanya 'Retorik kosong, hipokrit dan boleh bekerja'?

3. Sebagai bukti, cuba lihat fakta yang saya turunkan di bawah ini.

ANALISA KEPUTUSAN PRK KT(P36)

1) Peti Undi Kg Nibong, bapa angkat – Mukhriz. Keputusan [BN – 751] [PAS - 1,010]

2) Peti Undi Kenanga, bapa angkat Khir Toyo. Keputusan [BN – 907] [PAS – 1,035]. Dalam PRU-12 yang lepas BN menang.

3) Peti Undi Chendering, bapa angkat Khairy. Keputusan [BN – 827] [ PAS – 625]

Berdasarkan fakta di atas, kita ingin mengetahui…

a. Siapa sebenarnya ‘Retorik Kosong’?

b. Siapa sebenarnya yang ‘Hanya Hipokrit’?

c. Siapa sebenarnya yang ‘Boleh Bekerja’?

4. Jangan kita terpengaruh dan terikut-ikut dengan kenyataan oleh Dr. Belit tuu?

5. Tahukah siapa Dr. Belit? Bukan Dr. Khir tapi yang usia dah 83 tahun tu.

11:37 AM


usabukata said...

dato ron,

kenapa masih tak habis-habis dengan retorik sahaja.
jangan cakap saja, buat dan ambil tindakan. dari bulan mac tahun lepas sampai sekarang asyik cakap saja.
orang dah semakin muak.

dato ron,

kenapa tiada siapa yang mengulas serta membincangkan ucapan raja nazrin baru-baru ini secara serius? tak berani ke? bukankan itu fakta sejarah?

dato ron,

usaha bukan kata
deeds not words

usabukata

11:57 AM



only said...

BN/UMNO kena berubah.reform.tak boleh lagi nak kekal dengan cara lama.rakyat sekarang dah makin lama makin cerdik dan matang dalam menilai situasi politik.Kalau BN/UMNO terus dengan cara nak tunjuk lagak dan ada kuasa maka percayalah yang BN/UMNO takkan ada peluang lagi untuk menang selepas ini dalam pilihanraya.

12:39 PM



Badr said...

Salam Takzim Dato' Ron dan sahabat semua,

Alangkah molek sekiranya konklusi Dato' bahawa "pandangan DS Najib betul, pandangan TS Muhyiddin betul dan pendapat semua sahabat yang membuat komentar dalam blog ini juga betul" dikongsi bersama dan merupakan pendirian semua pemimpin UMNO dipelbagai peringkat. Kalaulah semua pemimpin UMNO boleh berlapang dada dan menerima pendapat dan kritik yang disampaikan oleh "rakyat", maka kita bolehlah berharap satu anjakan positif kearah pembinaan siasah negara yang lebih mantap dan "bertamaddun" akan berlaku.

Saya hairan bagaimana misalnya DS Najib yang selalu mengutarakan theori Melayu Glokal dan theori Blue Ocean Strategy (BOS)boleh terlupa untuk aplikasikan approach itu dalam politik UMNO. Kalau kita amati, kedua-dua konsep tersebut terutama BOS, menggariskan pelbagai strategi dan tatatindak strategik yang perlu diambil oleh seseorang atau sesebuah organisasi untuk bukan sahaja kekal relevan dalam dunia yang semakin mencabar dan penuh dengan persaingan sengit, malah untuk menempatkan diri atau organisasi kita disatu tahap yang berbeza dari pesaing kita. Malangnya, dalam hal politik UMNO, DS Najib dan lain-lain pemimpin UMNO tidak langsung mengamalkan pendekatan sebegitu. Masanya sudah tiba untuk pemimpin-pemimpin besar dalam UMNO "walk the talk".

Salah satu langkah yang patut diambil oleh UMNO untuk mengembalikan kekuatan politik mereka ialah dengan merubah secara total struktur organisasi dan kaedah pemilihan para pemimpin disemua peringkat. Saranan-saranan yang pernah diutarakan oleh Ku Li, DS Rais Yatim dan ramai lagi pemimpin UMNO berkaitan kaedah pemilihan pemimpin UMNO secara pengundian terus oleh ahli-ahli misalnya boleh dijadikan asas pertimbangan. UMNO perlu menubuhkan satu pasukan pakar yang terdiri daripada bekas-bekas pemimpin yang berwibawa, berintegriti dan TIADA kepentingan peribadi untuk menggarap satu plan reformasi total UMNO meliputi aspek undang-undang tubuh, struktur dan kaedah pemilihan kepimpinan.

APapun langkah yang akan diambil, yang paling utama ialah "mengembalikan" UMNO kepada ahli-ahli dan orang Melayu, bukan dikongkong dan dijadikan hak eksklusif sesetengah puak, kabilah dan keluarga terpilih dalam masyarakat Melayu. JANGAN jadikan jawatan-jawatan penting dalam UMNO seolah-olah harta milik golongan tertentu sehingga boleh diparaidkan sesama mereka seperti sekarang!

Pendapat saya mungkin dhaif dan naive serta tidak mewakili suara ahli-ahli UMNO. Tetapi pemimpin UMNO perlu ingat, nasib dan hayat politik mereka bukan ditentukan oleh 3 juta ahli UMNO sahaja, malah sebaliknya oleh lebih dari 13juta pengundi. Oleh itu, selain dari mendengar pendapat dan kehendak ahli-ahli UMNO, pemimpin UMNO wajib juga mendengar dan menilai pandangan dan rintihan rakyat yang bukan ahli UMNO.

Maaf, bukan maksud saya untuk mengajar itik berenang, jauh sekali dari bermaksud mengajar Dato' Ron berpolitik.

Salam.

1:39 PM


imah said...

Salam Dato'

Umno/BN ibaratkan seorang pekerja yang bekerja terlalu lama tanpa rehat secukupnya.

Pekerja itu menganggap dirinya pekerja yang baik kerana terus bekerja tanpa cuti sepanjang tahun. Tetapi dia tidak terfikir dengan bekerja terus menerus tanpa henti sebenarnya kualiti kerja terjejas kerana kepenatan, tahap kesihatan yang rendah dan tenaga yang semakin berkurangan.

Dengan sebab itu, untuk mengembalikan kecergasan fizikal dan minda, setiap pekerja diperuntukkan sejumlah hari untuk bercuti. Terbukti dengan mengambil cuti, pekerja akan kembali cergas seterusnya menghasilkan produk yang berkualiti.

Begitu juga Umno/BN. Terlalu lama memerintah. Sudah tidak tahu lagi mana yang rakyat mahu dan mana yang rakyat benci. Semua main taram jer. Hasilnya semua keputusan yang Umno/BN/kerajaan buat sudah tidak relevan lagi dengan keperluan semasa rakyat.

Bagi menyegarkan kembali Umno/BN, langkah sebaik-baiknya ialah merehatkan Umno/BN daripada memerintah untuk tempuh dua penggal. Selepas itu Umno dengan ahli yang baru, pemimpin yang baru bolehlah bangkit semula.

Semasa tempuh berehat ini pastilah semua jenis dedalu, ulat taik dan semua parasit yang ada dalam Umno akan meninggalkannya. Yang betul-betul ada dalam Umno dalam tempuh 10 tahun berehat ini pastinya yang tulin berjuang untuk parti.

Berikan sepuluh tahun Umno jadi pembangkang. Selepas itu Umno akan segar kembali.

7:17 PM



tok iskandar said...

Bukti UMNO semakin pupus dan akan dimasukkan ke dalam muzium.politik ugutan dan penderaan sudah basi.Nak tukarkan kakitangan awam 24 jam kerana menyokong pembangkang,nescaya akan bercambahlah cawangan baru PAS atau PKR di sana.
UMNO masih belum serik dan suka menyusahkan rakyat kerana kebanyakan kakitangan awam yan ditukarkan itu adalah berkaliber dan disukai ramai termasuklah ADUN Ladang,Tengku datuk Hassan yang juga merupakan bekas pegawai kewangan negeri Terengganu dan bakal SUK Terengganu yang diminta Idris Jusoh meletakkan jawatan dalam tempoh 24 jam.
Bukti betapa jahatnya UMNO.Minyak dunia dah turun tetapi kerajaan BN tak mahu turunkan lagi harga minyak.
Tok Uban Shahrir pula umumkan harga gula akan dinaikkan.Ramai yang tidak tahu bapa mertua shahrir samad ialah robert kuok yang merupakan orang terkaya di Malaysia dan menguasai pasaran gula di Malaysia selain memiliki rangkaian hotel Shangri La

7:37 PM




aah said...

Saya berada diKT mulai 15/1 hingga17/1,kesimpulan yang dapat saya buat Pemimpin UMNO masih tidak mahu berubah.Masih suka menunjuk nunjuk dengan kereta mewah Merz,Harrier,Mpv,Bmw yang kebanyakanya bercermin gelap.Meletak kereta di depan Hotel mewah tak kira atas divider atau tempat larangan,berlagak macam bumi ini harta bapak mereka.

Apabila bergerak mesti berkonvoi atau ada escort,cukup memalukan !

Rakyat cukup meluat dengan gelagat Pemimpin UMNO,PERCAYALAH RAKYAT AKAN TERUS MENGHUKUM TIBA PRU 13 NANTI.

7:56 PM

Seladang said...

Dato Ron yang dihormati.

Tanam buluh benih Kembayat,
Tanam merata sepanjang hayat;
Najib nak suruh mesra rakyat,
Mereka kikis harta dan hak rakyat.

Padi sawah padi bukit,
Padi dikisar ditumbuk lesung;
Pemimpin bawah makan sedikit,
Pemimpin besar melonggok bergunung.

Dari Tampin ke Tasik Chini,
Orang tua diserang tabuan;
Di kiri pemimpin di kanan bini,
Dua-dua menyapu habuan.

Berakit-rakit di Lubok Kawah,
Di Mengkasar batuk terbersen;
Jika sedikit dipanggil rasuah,
Jika besar dipanggil komisyen ?

http://tokperan.blogspot.com

8:24 PM

CUCU TOK KEDU said...

KERJA SAMA BN SUDAH TIDAK ERAT - KEPURA-PURAAN PEMIMPIN BN TERUTAMANYA UMNO BAHAWA ADA PERPADUAN SESAMA MEREKA SUDAH DAPAT DIKESAN RAKYAT - MEREKA PENTINGKAN KRONI MEREKA DARI AHLI-AHLI PARTI - UCAPAN SELAMAT TINGGAL MULA BERPUTIK DAN BERBUNGA. ADAKAH NAJIB MAMPU MENGHARUNG INI SEMUA ?

8:36 PM

akal ask said...

datok,
seandainya hanya baju sahaja yang berganti akibat hitam dek daki,namun badan dibiarkan penuh kurap tak juga elok.

seandainya mengharapkan pohon merimbun tapi akarnya dicangkul tak juga merimbun,makin layu adanya,

seandainya mengharapkan undi tapi perasaan rakyat tak diambil kira,percayalah sekali dua boleh tapi bila dah banyak kali,ingatlah..........
bumi berputar,hukum alam juga berubah,cuma hukum tuhan yang kekal,itu pun ada yang memperlekehkan.

kalau nak tau rakyat trg sebenarnya amat sensitive dengan isu agama,walaupun cuba dipesongkangkan oleh mb lama hadari,tapi lihatlah natijahnya,bilamana komen2 najib mengenai isu hudud walaupun 10 tahun lepas,dan komen si khairi juaga isu hudud dimainkan oleh pihak pas... akhirnya terkubur jua harapan mempertahankan parlimen kt.

dan percayalah dengan keluarnya statment2 yang bukan2 dari pemimpin akan bertambah malaplah harapan umno untuk menguasai parliman di pru 13 nanti. apa nak buat konon bagus,cam bakal naib presdan tu punya komen dalam sinar harian.

10:23 PM

anjangaki said...

Kenapa BN tidak ambil iktibar dari kekalahan Pematang Pauh yang lalu.. Salah satu daripadanya ialah kempen yang keterlaluan melalui TV3, Saya sendiri walaupun ahli BN, amat MELUAT sekali atas kempen TV3 terutama sekali dalan Blutin Utama. Rakan-rakan sekerja juga rupa-rupanya begitu. Saya beranggapan sekiranya PR berjaya memerintah (dlm angan-angan lagi) sudah pasti TV3 lah yang paling awal dicantas. Fikir-fikirkanlah!!

11:13 AM

mad said...

ironinya ku li yg berpijak di bumi nyata dipinggirkan dalam pencalonan parti beberapa bulan lalu. yg kuat rasuah akan mendapat pencalonan, semakin bayak wang dihulur semakin banyaklah mendapat undi. baru2 ini yg didakwa rasuah dalam parti hanyalah ikan2 kecil sahaja, manakala jerung besar masih gah dan bodoh sombong. di situ kita sudah nampak bahawa umno sedang menuju kehancuran.

12:13 PM

mad said...

ali rustam memang sudah lama dikenal rendah iq nya. tak hairan dia mengeluarkan kenyataan begitu. inilah salah satu contoh pemimpin yg lahir hasil dari rasuah.

12:17 PM

Pak Brahim said...

Assalamualaikum Datuk,

Pandangan Sdr. shahbandarmalakat berhubung peranan YM Tengku Razaliegh Hamzah elok kita renung bersama. Perlu juga kita akui bermulanya krisis dalaman UMNO berpunca dari pemecatan, konspirasi fitnah dan dendam kesumat terhadap DSAI. Justeru natijah dari kemelut tersebut membawa kepada perpecahan dan krisis keyakinan kepada KERAJAAN UMNO/BN.

Saya turut bersetuju supaya usaha untuk menyatukan, mereda dan menyelamatkan krisis keyakinan terhadap kepimpinan, politik, ekonomi, badan kehakiman, keselamatan dan sebagainya demi kebaikan bersama hendaklah dilakukan dengan segera dan oleh pemimpin-pemimpin yang terbukti komited dan diterima rakyat.

Apa yang saya nampak adalah YM Tengku Razalieh memainkan peranan dari dalam UMNO/BN dan DSAI berusaha membuka laluan melalui PR.

Insyaallah, saya berkeyakinan mereka dapat menjuruskan penyatuan yang ikhlas berasaskan kepentingan kedaulatan RAKYAT dan NEGARA.

Marilah kita berdoa semoga NEGARA MALAYSIA YANG TERCINTA DAN UNIK INI DILINDUNGI ALLAH DARI KEHANCURAN DAN KEMUSNAHAN SEBALIKNYA ALLAH KURNIAKAN NEGARA MALAYSIA YANG MAJU, AMAN DAMAI DISAMPING RAKYATNYA YANG BERAGAMA BERILMU DAN BERTAQWA.

12:29 PM

AhmadRazinHjYob said...

Salam Datuk,

Pembubaran BN tidak akan menjejaskan UMNO, cuma yang rasa terjejas ialah pemimpin pemimpin UMNO yang merasakan mereka layak mewakili umat Melayu. Tetapi sikap dan perlakuan mereka kebanyakkanya telah memusnahkan UMNO. Satu masa lalu, UMNO pernah di bubarkan, dan kita lihat dengan serta merta ia dipulihkan dan berlakulah proses penyaringan. Yang di anggap tidak sehaluan di ketepikan dan bertindak menubuhkan Semangat 46 tetapi akhirnya bersatu kembali di bawah payung UMNO. Begitu juga konsep pembubaran Barisan Nasional, ia sebagai proses saringan ahli samada mereka benar benar ikhlas , kuat ataupun hanya sekadar menumpang teduh tanpa berbuat apa apa seolah olah hanya menumpang jenama yang popular ini.Masa inilah masa yang paling sesuai untuk membubarkan BN, saat dan ketika dimana BN di anggap lemah dan boleh dikalahkan dengan mudah oleh pembangkang dalam sebarang pilihanraya yang mendatang. Ini bukanlah konsep 'trial and error'. Ini adalah realiti yang sedang berlaku dalam politik Malaysia. Kita boleh memberi rakyat pilihan samada mereka suka konsep perpaduan berbilang bangsa melalui parti masing masing ataupun konsep sendirian di mana penggabungan hanya akan berlaku selepas sesuatu pilihanraya umum berlangsung. UMNO boleh kembali kepada sifat asal usulnya dan bernaung dengan kuat di bawah kedaulatan Islam dan Duli Yang Maha Mulia Raja Raja Melayu. Sebenarnya UMNO masih kuat dan mampu berdayung membelah ombak dan gelora walau di mana mana lautan politik di Malaysia ini jika UMNO masih berteraskan kepada Agama Islam dan mempertahankan Kedaulatan Raja Raja Melayu.

7:12 PM

Tuesday, January 20, 2009

Melayu Asyik dgn Hiburan Saja

iqhaniya
Rekrut
Rekrut


Joined: Jan 20, 2009
Posts: 4

PostPosted: Wed Jan 21, 2009 12:43 am Post subject: inilah agenda yahudi

salah satu agenda yahudi ialah melalaikan orang islam melalui hiburan.
Orang melayu secara umumnya sebagai orang islam
Cuba renungkan sepanjang juara lagu berapa ramai orang bukan islam menyertai,secara keseluruhan orang melayu sejak di perkenalkan juara lagu dan cuba renungkan semua program atau pertandingan yang diadakan semuanya orang melayu.Kalau generasi muda kita ni lalai dengan hiburan fikiranlah tanah air kita mungkin akan jadi seperti di palestin, renungkan lah ............

PEMIMPIN2 MELAYU KITA DI MALAYSIA PUN IBARAT YAHUDI JUGA!

INILAH DIA MELAYU YG KONONNYA MEMPERJUANGKAN HAK2 MELAYU!

YA! MELAYU UMNO LAH YG SENANTIASA MELALAIKAN ANAK BANGSA MELAYU MELALUI SIARAN2 HIBURAN DGN MENGGUNAKAN ALAT2 PROPAGANDA PENYEBAR MAKLUMAT MILIK MEREKA (MEDIA2 MASSA TV/RADIO DAN MEDIA2 CETAK - MSM = MEDIA ARUS PERDANA).

BAYANGKAN GADIS2 WANITA2 POMPUAN2 MELAYU YG BERTUDUNG PUN TERKIAL2 TERLONJAK2 TERTUNJAI2 TERGEDIK2 MEMBERI SAMBUTAN MEMBERI RESPON DGN PENUH ASYIK DAN GHAIRAH SEKALI BERTEPUK2 BERSORAK SORAI DGN GAYA PENUH MOOD BAGI MEMUASKAN RASA HATI MEREKA DALAM SUASANA BERHIBUR. HIBURAN NAK KATAKAN - MESTILAH "BE HAPPY".

SEMUA ITU BOLEH KITA TENGOK SENDIRI DALAM ACARA2 HIBURAN DI KACA TV SEPERTI KONSERT2 ROCK, JOM HEBOH, ZOOM IN, PERTANDINGAN ITU - PERTANDINGAN INI, MACAM2 JENIS REALITY SHOW DAN BANYAK LAGI JIKA NAK DISENARAIKAN. HIBURAN SEBEGINI SUDAH TENTU MELALIKAN DAN MELALAIKAN. JADI MENGAPA IA JADI SEMAKIN MENJADI-JADI?

CUKUP BANYAK SEKALI PROGRAM2 HIBURAN ANJURAN DARI BERBAGAI2 PIHAK DAN BADAN DAN STESEN2 TV - BERLUMBA2 BERLAWAN BERSAING UNTUK MEMBERI HIBURAN KEPADA ANAK BANGSA MELAYU KONON2NYA - PADAHAL SECARA TIDAK LANGSUNG MEREKA MELALAIKAN ANAK2 MUDA (RATA2 DARI KAUM MELAYU KITA SENDIRI) DAN SECARA TAK LANGSUNG MEROSAK DAN MEMUSNAHKAN AKHLAK DAN MASA DEPAN ANAK BANGSA MELAYU JUGA.

INIKAH YANG DIKATAKAN UMNO BERJUANG UNTUK MELAYU? INI 'MEMBUNUH' NAMANYA ....... OLEH ITU JANGAN ASYIK CANANG SANA SINI YANG PARTI HANGPA TU MEMPERJUANGKAN KEPENTINGAN MELAYU ...... MELINGKUPKAN ADA LAA .....

BAYANGKAN ..... DI TV SAJA .... PUNYALAH BANYAK DAN BERLAMBAK2 PROGRAM2 HIBURAN DI HIDANGKAN UNTUK TONTONAN PENONTON2 YG KEBANYAKANNYA BANGSA MELAYU KITALAH ..... ASYIK DI HIDANGKAN DAN DI SUAPKAN .... MELAYU2 KAN MUDAH KEARAH GEMARKAN HIBURAN MANA BOLEH TOLAK PUNYA... MELAYU KITA NI KIRA NAK "ENJOY" SAJA ..... MEMANG ITU KELEMAHAN MELAYU ... KIRA NAK SERONOK MEMANJANG .... KALAU TIDAK - TAK KAN ADA NAMA KAMPONG DI PULAU PINANG - SAMPAI DI BERI NAMA "KAMPUNG SERONOK". TAK PERCAYA TANYALAH ORANG PENANG.

DAN MELAYU AKAN TERUS DIBUAI DAN DI LALAIKAN OLEH BANGSA MELAYU SENDIRI (SEBAGAI PEMIMPINNYA - SAPA YG DIKATAKAN PEMIMPIN? PARTY YG MEMIMPIN LAH ,YG JUGA MEMILIKI ALAT2 JENTERA PROPAGANDA SEPERTI TV DAN RADIO DAN JUGA ALAT2 SEBARAN 'AM YG LAIN - MEREKALAH YG BERTANGGUNGJAWAB DALAM MENYAJIKAN SEMUA UNSUR2 YG MELALAIKAN DAN MEROSAKKAN BANGSA MELAYU SENDIRI) ....

MELAYU MELALAIKAN MELAYU!

MELAYU MENJAHANAMKAN MELAYU!

MELAYU MEROSAKKAN MELAYU!

MELAYU MELINGKUPKAN MELAYU!

ITULAH HAKIKATNYA.

Sunday, January 18, 2009

PEMBAHARUAN YANG TAK KEMANA

RTM - PEMBAHARUAN DEMI PEMBAHARUAN
SEKALI AIR BAH SEKALI PANTAI BERUBAH -
SUDAH BEBERAPA KALI BAH -
NAMUN PANTAI TETAP TIDAK BERUBAH

HANYA MENTERI SAJA - COME AND GO -
MINISTER COME MINISTER GO -
KALAU MENTERI PENERANGAN YG DULU TU TERUK -
YANG PENGGANTINYA PUN LEBIH TERUK LAGI

PI MAI PI MAI - RTM MASIH DOK TANG TU JUGAK - TAK KEMANA.

KALAU HANYA SEKADAR SLOGAN DAN JENAMA RTM SAJA YANG DIKATAKAN BERUBAH? ADAKAH ITU YANG DINAMAKAN PEMBAHARUAN?

KALAU DULU - INFOTAINMENT
KEMUDIAN - INFORIA
LA NI PLAK - DUNIA RIA

KALAU DULU - TEPAT PADAT & MUTAKHIR
KEMUDIAN & LA NI - RINGKAS TEPAT PADAT & MUTAKHIR

KALAU DULU - BARU di sebut BARU
KEMUDIAN & LA NI - BARU disebut BAHARU

contoh di RTM : Selamat Tahun Baru (dulu/dahulu) -
sekarang = Selamat Tahun Baharu
Selamat Pengantin Baru -
jadi Selamat Pengantin Baharu

NAMPAK2NYA ITU SAHAJA YANG DAPAT DIKATAKAN RTM MEMBAWA PEMBAHARUAN -
drp BARU diubah jadi BAHARU [itu sajalah apa yg diperbaharui di RTM - dari BARU jadi BAHARU].